Thursday, September 25, 2008

Sahabat Sejati

Sahabat..kawan atau teman



Salam.."Sahabat"...dikala kita gembira siapakah disamping bersama, dikala kita duka siapakah yang setia menanti, dikala hati gundah siapakah yang sedia mengubahnya,dikala berjauhan siapakah yang sentiasa mengingati dan dikala kita salah memilih jalan siapakah yang sanggup mendoakan .....Siapa ? Tepuk dada tanya diri. Setiap orang mesti mempunyai pendapat tersendiri tentang "sahabat". Bagi rindu, sahabat adalah insan yang sanggup berkongsi segalanya dan sentiasa mendoakan kebahagian temannya dalam setiap doanya. Tetapi adakah insan yang sanggup berbuah sedemikian kat dunia ini..ermm...ada....

Teguh di jalan Allah,Fahami dan saling memahami, percaya dan saling mempercayai, setia dan saling memberi kesetiaan mungkin bagi rindu adalah kunci utama dalam persahabatan. Suka rindu ceritakan pengalaman diri tentang sahabat, ada kala dalam sedang menjalani ranjau duri kehidupan tanpa keluarga diperantauan ini, sahabat adalah insan yang paling rapat kepada diri kita pada masa ini. Memberi sepenuh jiwa dalam aliran darah persahabatan, mengharapkan sokongan tetapi malangnya tidak memahami dan keegoaan menyebabkan keretakkan aliran itu.Rindu cukup terseksa dengan keretakkan ini dan luka tersebut masih berparut sehingga kini.Rindu sentiasa berdoa agar ada insan yang mampu menghilang parut tersebut.Pada satu tahap, bila diperantaun ini rindu lebih menghargai sahabat berbanding teman istemewa. Mengapa agaknya?....


Patah tumbuh hilang berganti,

Tumbuh bersama hati yang suci,

Tidak memilih harap mengerti,

Semoga direstui dari illahi.




Assalamualaikum.....


Dikala saat kita meniti hari-hari mendatang, rindu selalu memikirkan apakah yang akan berlaku di saat diri ini ditelan waktu.Adakah anak cucu ku dapat apa yang ku nikmati kini ? Keindahan laut, desiran ombak memukul pantai, bayu yang mengasyikkan, pepohon rimbun menghijau.Rindu tahu, tuhan ciptakan keindahan tersebut bukan untuk diri rindu tetapi adalah untuk insan yang menghargainya dan terutamanya adalah untuk generasiku. Pernah satu ketika dulu, rindu bersama teman asyik merenung sang suria mendarat di lautan di saat hari mahu diperhujung. Di saat itu, rindu membayangkan begitu indahnya ciptaan maha esa ini. "Ya Allah , sempurnanya ciptaanMu, tiada tolok bandingnya dan ku amat mengakuminya." Jika rindu diberi peluang, rindu mahu hidup seribu tahun lagi dengan memuji kebesaran dan keindahan alam ciptaanMu..Ya Allah...Inginnya rindu berkongsi kegembiran ini bersama insan-insan ku sayang dan ingin juga rindu titipkan keindahan ini kepada generasi warisan kita.